Thursday, June 30, 2016

Budaya khas Malaysia yang Unik

Budaya Khas Malaysia yang Unik 

 

kebudayaan sahabat dari negara kita yaitu negara malaysia terpengaruh oleh kebudayaan melayu. Peranan Melaka yang sebagai satu pusat perdagangan antarabangsa pada zaman tersebut telah memberi peluang kepada kemasukan para negara asing. Masyarakat di Tanah Melayu terus bertambah banyak hasil daripada tindakan penjajah yang membawa masuk imigran-imigran asing sebagai pekerja buruh, petani serta askar upahan, dan juga para warga malaysia yang rata-rata juga sebagai pedagang.

Kini setelah berpuluh-puluh tahun negara kita merdeka, kesemua kaum etnik yang utama seperti Melayu, Cina dan India masih berdiri teguh dan mampu mengekalkan jati diri masing-masing. Mereka masih lagi mengekalkan agama dan anutan nenek moyang mereka.

Walaubagaimanapun, evolusi terhadap "budaya kebendaan" tetap masih berlaku. Kehidupan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera di antara orang Melayu dengan bukan Melayu telah menjadi penggalak kepada berlakunya perkongsian budaya di mana budaya masyarakat Melayu dan bukan Melayu telah diterima pakai serta diserapkan ke dalam cara hidup satu sama lain.

Maka, adalah sambutan rumah terbuka dan perayaan secara besar-besaran daripada pelbagai kaum di negara kita pada musim perayaan. Beginilah uniknya budaya di Malaysia.

 Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Melayu, Cina dan India adalah tiga kaum terbesar di negara ini. Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan membentuk 54% populasi di negara ini. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, mengamalkan budaya Melayu dan berbahasa Melayu. Cina pula membentuk 25% populasi di Malaysia. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Kristian atau Taoisme dan berbahasa Mandarin, Teochew, Hakka, Hockien atau Kantonis. Manakala India 7.5% daripada populasi di Malaysia. Kaum India beragama Hindu, berbahasa Tamil, Hindi atau Malayalam. Selain daripada tiga kaum terbesar tersebut, Malaysia juga mempunyai kaum Sikh, Serani dan kaum Bumiputera lain yang terdiri daripada suku kaum kecil yang lain. Bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi negara.



lihat juga: berita olahraga di dunia http://avaschampion.blogspot.co.id/
                   aneh-anehnya dunia http://avasdunia.blogspot.co.id/
                   koleksi film terbaik http://avasfilm.blogspot.co.id/
                   analisis penjelasan kimia http://avaskimia.blogspot.co.id/
                   koleksi budaya dunia http://avasbudaya.blogspot.co.id/

0 comments:

Post a Comment